Tips Atasi Sakit Tumit Tanpa Ubat Penahan Sakit

Monday, March 19, 2018 2 Comments A+ a-

Bangun pagi bila nak pijak lantai terpaksa tertenjet-tenjet sebab sakit kat bahagian tumit bila dipijak. Keadaan ini biasa berlaku tidak kira lelaki atau wanita tapi lazimnya wanita yang suka pakai kasut tinggi ataupun mereka yang mengalami berat badan berlebihan. Bagaimana kaki yang kecil/halus perlu menampung tubuh badan yang sangat besar sehingga memberi tekanan yang lebih pada kaki sesama berjalan atau berdiri. Lazimnya, ubat penahan sakit menjadi sahabat baik untuk si penghidap. Adakah tips atau cara untuk mengatasi masalah sakit tumit ini secara semulajadi?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit dan 2 daripadanya yang sering menjadi punca kepada penyakit ini adalah Plantar Fasciitis dan Heel Spurs.

Plantar Fasciitis adalah keradangan pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia (tisu tebal dan elastik yang menyambungkan tulang tumit dipanggil calcaneus kepada jari kaki dan membentuk lengkungan kaki) disebabkan oleh tekanan yang kronik pada kaki akibat daripada aktiviti berjalan yang terlalu jauh dan lama. 

Heel Spurs pula adalah lebihan tulang yang tajam tumbuh pada tulang tumit (calcaneus) yang akan mencederakan tisu disekeliling tulang tersebut apabila pesakit mula berjalan. 

Anggaran sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka. Ia adalah 2 kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

 Punca Sakit Tumit
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Banyak berjalan atau berdiri lama
  • Proses penuaan (usia 40 ke atas) yang menyebabkan lapisan lemak dan tisu di bahagian tumit mula mengecut
  • Pemakaian kasut yang tidak sesuai (keras, ketat, tidak selesa)
  • Mempunyai masalah kesihatan seperti radang sendi (rheumatoid arthritis) atau lupus (systemic lupus erythermasotus)
  • mengalami kecederaan tulang seperti retak/patah
  • Melakukan aktiviti/senaman yang agresif sehingga memberi tekanan pada tumit dan tisu sekelilingnya
  • Mempunyai bentuk tapak kaki rata atau lengkungan kaki yang luar biasa tinggi
  • Penghidap kencing manis

Gejala/Ciri-ciri Sakit Tumit
  • Sakit mula terasa semasa;
    • Waktu pagi selepas bangun tidur hendak mula menapak
    • Selepas duduk/ berdiri yang lama hendak mula bergerak
    • Melakukan aktiviti yang berlebihan tanpa kasut
  • Sakit akan perlahan-lahan hilang dengan pergerakan kaki (bagi yang kronik, sakit tidak akan hilang)
  • Tiada bengkak atau tanda merah pada tumit

Kaedah Rawatan

  • Suntikan steroid atau bekalkan ubat tahan sakit
  • Rawatan fisioterapi untuk mengurangkan kesakitan

Tips untuk Sakit Tumit

  • Sebelum mula melangkah (dari bangun tidur/duduk/berdiri yang lama), lakukan gerakan tapak kaki dengan memusingkan pergelangan kaki beberapa kali. Ia bertujuan untuk menyalurkan bekalan darah dan oksigen pada bahagian yang cedera/radang. 
  • Mulakan menapak daripada hujung jari (bukan tumit) dengan perlahan-lahan dan kemudian berjalan seperti biasa.
  • Lakukan senaman regangan bagi melonggarkan tisu dan mengurangkan kesakitan pada tumit. 
  • Pakai kasut yang menyokong tapak kaki dengan tapak kasut yang lembut dan selesa bagi menyokong dan mengurangkan kesakitan tumit. 
  • Beri perhatian terhadap berat badan anda. Usaha untuk mencapat berat badan ideal (bermaksud BMI antara kira-kira 19 hingga 25 bagi kebanyakan orang) bagi mengurangkan jumlah tekanan yang diberikan kepada tumit. 
  • Rendamkan kaki dengan air suam/air rendaman herba untuk mengurangkan ketegangan pada kaki. Boleh juga gunakan pek ais untuk ditekap pada bahagian tumit dan tapak kaki untuk kurangkan bengkak. 
  • Amalkan suplemen/vitamin yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan menguatkan tulang di bahagian tumit.
Suplemen Semulajadi untuk Sakit Tumit

Suplemen yang dapat bantu menyokong kesihatan tulang, sendi dan rawan adalah:

𝟭 Vivix
Vivix kaya dengan resveratrol dan polifenol yang tinggi kandungan antioksida. Ia dapat membantu melindungi sel dan mencegah daripada serangan radikal bebas yang boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan di bahagian tulang, sendi dan rawan sekaligus membaik pulih sehingga ke peringkat sel (DNA).

𝟮 Ostematrix
Ostematrix membekalkan keperluan kalsium yang optimum kepada pembentukan tulang yang sihat dan kuat. Ia juga mengandungi magnesium dan Vitamin D yang bantu penyerapan optimum kalsium dalam tulang.

𝟯 Omega Guard
OmegaGuard merupakan minyak ikan berkualiti tinggi yang membekalkan asid lemak Omega-3 yang terbaik bagi menyokong kesihatan sendi. Ia bantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan pada bahagian otot dan sendi


Testimoni Untuk Masalah Sakit Tumit dengan Shaklee


Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.
Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
Selepas didiagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.
Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.
Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.
Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.
Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.






Jika anda derita sakit tumit selama ini, dapatkan penyelesaian yang selamat, berkesan dan semulajadi sekarang.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





*PERHATIAN: Perlu dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

2 review

Write review
19 March 2018 at 20:42 delete

salam singgah. info menarik

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
20 March 2018 at 10:52 delete

Wsalam. Terima kasih cikpuan :)

Reply
avatar