Avengers Punya Pasal

Friday, May 04, 2018 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Terima kasih sudi jenguk blog eboo 😀 Entri kali ini santai-santai saja dan terasa nak berkongsi dengan anda semua pengalaman eboo nak booking seats secara online untuk tengok wayang bersama anak-anak. Eboo bukan penonton wayang tegar nak² bila dah beranak-pinak ni memang boleh kata langsung tak jejak wayang dah lah. Even masa bujang pun boleh dikira berapa kali je jejak kaki ke wayang. 

Ini semua Avengers punya pasal! Suami beriya ajak tengok cerita latest Avengers; Infinity War yang dah ditayangkan pada 26 April yang lalu. Memang niat nak angkut sekali anak-anak tengok cerita ni walaupun cerita ini 'berat' untuk tontonan anak-anak.

Kami plan untuk tengok pada cuti Hari Pekerja (1 Mei 2018 - Selasa). Eboolah tukang search sebab 1st time nak try cari panggung family friendly (FF) punya. Puas godek cik Google untuk cari panggung yang FF untuk cerita Avengers ni. Ada jumpa tapi di MBO, Starling Mall, Uptown Damansara. Nak try book online tapi full house dah seats untuk show belah pagi. 

Limited seats kat situ tapi nampak best sebab ada ruang untuk anak² bermain. Box office movie memang harapanlahkan nak dapat tiket kalau last minit, kena berebut dari awal 😂 

Maka terpaksa mengkuburkan hasrat untuk tengok di MBO Starling Mall. Next time InsyaAllah. Tiket situ mahal sikit dari TGV, Dewasa RM17 (standard); Kanak² RM9.50; FREE untuk bawah 3 tahun (rujuk)

Gigih godek lagi TGV untuk pastikan cinema FF. Rupa²nya Avengers ni memang takde FF pada hari tersebut 😅 TGV FF akan ada indication pada websitenya FAMILY FRIENDLY MOVIE OF THE WEEK

Hanya movie² tertentu pada weekend sahaja yang akan ada untuk FF. Gitulah kisahnya bagi eboo yang memang tak tahu menahu sebelum ini. Jadi kalau korang plan nak tengok wayang bersama anak² comel yang lincah dan banyak bunyi, bolehlah usya website TGV yang khusus FF punya.

Eboo dah selamat nonton Avengers: Infinity War pada Cuti Hari Pekerja (1 May 2018) yang lepas. 
Beraksi dulu kat poster sebelum masuk panggung 

Sebelum start, bersusun dulu duduk 😁
Seusai selesai menonton 😍
Kesimpulannya, everything went so well. Si kecik Boolat tu pun well-behave 😂 Abangah paling excited memang favourite dia dan asyiklah dok bertanya dengan ayahnya. Si Kaklong pulak quite boring sebab tak kena jiwa sangat sampai tertidola dalam panggung haha... Yang si Adik pulak awal² makan popcorn, makan cekelat bila sampai movie start dia tido sampailah nak dekat habis cerita tu. Maknye boleh nonton dengan tenang, hoyeeeh! 

Pasal movie Avengers ni takyah nak ulas sebab memasing kompem excited nak layan sendiri. Tak pernah tak best Marvel movies ni 😀

Sedikit tips untuk yang nak bawa anak kecil tetapi takda FF punya, digalakkan mak² untuk duduk di bahagian hujung kerusi (sebelah laluan) supaya senang nak keluar masuk kalau anak buat perangai 😅 Rasanya semua parents aware kan hal ni just a quick reminder for us 😊 Kalau eboo suka pilih tempat duduk bahagian tengah tapi di belah hujung kanan sekali. Tak berapa gemar duduk di bahagian kiri atau kanan tu sebab nanti skrin tak center hihi..

Ok semoga mendapat sedikit manfaat daripada perkongsian ini ✌Selamat menonton bersama insan² tersayang.

Eboo setia sebagai pengedar sah Shaklee tau. Tak kiralah tengah bercuti ke, tengok wayang ke atau melepek kat rumah bisnes sentiasa berjalan 😘

Follow me 👇