Cara Mengatasi Kulit Psoriasis dari Bahan Semulajadi dan Selamat

Tuesday, May 15, 2018 0 Comments A+ a-

Astaghfirullah... mengucap panjang eboo untuk meneruskan kupasan mengenai penyakit kulit kronik ini yang dikenali sebagai Psoriasis. Bagi tahap yang paling serius tu sampai boleh dikikis dengan pisaulah kulit yang bersisik tu 😰 Penyakit ini tiada ubat untuk penyembuhan sepenuhnya tetapi hanya rawatan untuk mengawal tanda-tanda psoriasis.

Kenali Psoriasis
Jika dilihat dari gambar, ia merupakan sejenis penyakit kulit yang tebal bersisik dan kulit menebal tumbuh bertompok-tompok putih dan bila tercabut menjadi kemerahan. Hakikatnya, psoriasis adalah sejenis penyakit auto-imun (satu keadaan di mana sistem pertahanan badan seseorang menyerang semula sel-sel sihat di dalam badan) yang mana pertumbuhan sel kulit berlaku lebih cepat iaitu 3 hingga 7 hari sehingga menyebabkan lebihan kulit terkumpul dengan sangat cepat di permukaan kulit. 

Secara normal, sel kulit akan mengambil masa 30 hari untuk matang sebelum digantikan dengan sel kulit baru. 


Sebanyak 2% anggaran bagi penghidap penyakit Psoriasis dalam populasi penduduk dunia. Manakala di Malaysia, seramai 8,039 orang telah dilaporkan menghidapi penyakit ini. -sumber-

Penyakit ini bukan sahaja melibatkan kulit tubuh malah ada pada kuku dan kulit kepala. Saluran darah di bawah kulit menjadi lebat menyebabkan aliran darah meningkat dan akan wujud tompok-tompok merah pada kulit serta mudah berdarah. 
Psoriasis tidak menyebabkan masalah kesihatan yang kronik, tapi seorang daripada 20 orang mungkin akan mengalami masalah sengal sendi. Walau bagaimanapun penyakit ini tidak berjangkit. 

Adakah Psoriasis boleh diwarisi?

Menurut para saintis, hanya 10 peratus dari bayi yang lahir daripada ibu bapa yang menghidap psoriasis akan mewarisi genetik ini. Kebarangkalian punca bagi penyakit ini adalah Faktor Pemula (trigger factor). Ini kerana faktor pemula ini yang akan merangsang sistem daya tubuh pesakit terutamanya komponen sel darah putih (T-cells) yang terlalu aktif.

Banyak faktor pemula dan tak sama bagi setiap individu yang mempunyai masalah psoriasis. Contohnya melalui makanan yang dimakan, terdedah kepada bahan kimia seperti kosmetik, set penjagaan muka, bahan pencuci atau dicemari dengan bahan kimia di tempat kerja.

Sumber

Simptom Psoriasis
Tanda dan simptom psoriasis tidak sama antara individu yang mengalaminya. Tanda yang biasa kita boleh nampak adalah:
  • Tompok merah pada kulit yang kelihatan tebal dan bersisik
  • Tompok bersisik kecil (kebiasaannya pada kanak-kanak)
  • Kulit kering dan merekah sehingga berdarah
  • Gatal-gatal, rasa terbakar dan sakit
  • Kuku tebal dan rapuh
  • Sendi bengkak dan tidak fleksibel
Pencetus kepada Masalah Psoriasis
  • Tekanan - Tekanan boleh menyebabkan psoriasis menjadi radang/teruk 
  • Luka pada kulit - Psoriasis boleh muncul di kawasan kulit yang cedera (dari vaksin, sunburn dan calar) dan dikenali sebagai fenomena Koebner [KEB-ner]. Boleh dirawat jika dikesan dari awal
  • Ubat-ubatan - Sebahagian ubat boleh mencetus adanya psoriasis 
  • Jangkitan - Sebarang jangkitan yang beri kesan kepada sistem imun akan trigger psoriasis. Contohnya seperti jangkitan streptococcus (strep throat) yang dikaitkan dengan guttate psoriasis pada kanak-kanak khususnya
  • Merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Kekurangan Vitamin D
Selainnya, tidak dapat disahihkan secara saintifik, psoriasis mungkin terjadi akibat alergik , diet dan cuaca. 


Komplikasi Psoriasis 
Jika anda penghidap psoriasis, anda berkemungkinan berisiko untuk mengalami masalah-masalah berikut:

1) Psoriatic arthritiskomplikasi psoriasis ini boleh menyebabkan kerosakan sendi dan kehilangan fungsi dalam beberapa sendi, yang boleh melemahkan tubuh penghidap

2) Gangguan mata - seperti conjunctivitis, blepharitis dan uveitis - adalah lebih biasa dihidapi oleh pesakit psoriasis

3) Obesiti - ada kene mengena dengan penyakit serius yang dihidap dengan masalah psoriasis menyebabkan berat badan bertambah akibat tidak aktif. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dikaitkan dengan jelas.

4) Diabetis tahap 2 - risiko mengalami diabetes lebih tinggi terhadap penghidap psoriasis

5) Tekanan darah tinggi - sama seperti diabetes, risiko lebih tinggi terhadap penghidap psoriasis

6) Penyakit kardiovaskularrisiko penyakit kardiovaskular adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang-orang tanpa penyakit. Psoriasis dan beberapa rawatan juga meningkatkan risiko denyutan jantung, strok, kolesterol tinggi dan atherosclerosis

7) Sindrom metabolik - meningkatkan risiko penyakit jantung akibat tekanan darah tinggi, peningkatan kadar insulin dan tahap kolesterol yang tidak normal

8) Penyakit auto-imun yang lain - seperti Celiac disease, sclerosis dan penyakit radang usus yang dikenali sebagai Crohn's disease berisiko untuk menyerang

9) Penyakit Parkinson - keadaan neurologi (sistem saraf) yang kronik 

10) Penyakit buah pinggang - pesakit psoriasis di tahap sederhana dan kronik berisiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang

11) Masalah emosi - psoriasis boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dan boleh membawa kepada kemurungan dan anti-sosial


Masa untuk Berjumpa Doktor
Jika anda disyaki mengalami psoriasis, berjumpa dengan doktor untuk info lanjut:
  • penyebab kepada ketidakselesaan dan kesakitan
  • kesukaran melakukan rutin harian
  • berasa risau dan prihatin terhadap kulit
  • mempunyai masalah sendi seperti sakit, bengkak dan sukar melaksanakan kerja harian
Langkah-langkah Pencegahan Psoriasis di Rumah

Pengambilan suplemen & vitamin 
Suplemen tambahan dapat membantu mengurangkan masalah psoriasis ini dari dalam. Menurut National Psoriasis foundation, minyak ikan, milk thistle, aloe vera, oregon grape, EPO (evening Primrose Oil) dan Vitamin D boleh membantu mengurangkan psoriasis. Tetapi pentingnya mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa sahaja jenis suplemen untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.



Elakkan kulit menjadi kering
Gunakan  humidifier bagi memberi kelembapan pada udara di rumah/pejabat. Pelembap bagi kulit sensitif digalakkan bagi mengekalkan kelembapan kulit dan elak bersisik.

Elakkan pewangi
Kebanyakan sabun dan minyak wangi mempunyai bahan kimia yang boleh merengsa kulit dan menimbulkan psoriasis.

Makan makanan seimbang & sihat
Elakkan makan daging merah dan makanan ringan berlemak bagi mengelakkan psoriasis menjadi teruk. Ikan air sejuk (salmon, tuna, makarel, sardin), benih & kekacang serta asid lemak omega-3 dapat bantu mengurangkan keradangan. Minyak zaitun juga dapat membantu melembutkan pada kawasan kulit yang kasar dan kulit kepala.


Amalkan kunyit
Didapati kunyit dapat mengurangkan kerengsaan psoriasis. Boleh diambil dalam bentuk suplemen ataupun kunyit yang dimasukkan dalam makanan. Dos yang diluluskan oleh FDA adalah 1.5 - 3 gram sehari.

Rendamkan badan
Jangan air panas kerana ia akan memburukkan lagi keadaan, Jadi gunakanlah air suam² kuku dengan Basic H atau Shaklee Baby Gentle wash bagi mengurangkan iritasi dan kegatalan pada kulit. Gunakan pelembap serta merta selepas mandi untuk kesan yang lebih baik.

Terdedah kepada sinaran
Sinaran ultraviolet (UV) boleh bantu memperlahankan pertumbuhan sel kulit yang dicetuskan oleh psoriasis dengan pemantauan pakar perubatan. Terapi sebegini adalah secara berkala dan konsisten. Tetapi awas! pendedahan yang terlalu agresif boleh memburukkan lagi keadaan psoriasis sebab itu perlu di bawah pengawasan doktor.

Kurangkan tekanan
Kawalan emosi akibat tekanan yang disebabkan oleh masalah psoriasis ini perlu ditangani dengan baik dengan melakukan aktiviti² seperti yoga dan meditasi. Bagi yang Islam doa dan serah pada Allah yang Maha Penyembuh.

Jauhi alkohol
Alkohol merupakan pencetus kepada majoriti manusia untuk menghidapi psoriasis. 


Kajian ada menunjukkan berlakunya peningkatan psoriasis dikalangan wanita yang gemar minum nonlight beer. Mereka yang minum sekurang-kurangnya 5 nonlight beer seminggu adalah 2 kali ganda berisiko alami psoriasis berbanding wanita yang tidak minum. - Brigham and Women’s Hospital and Harvard Medical School

Berhenti merokok
Jauhi rokok (tobacco) kerana ia boleh memudaratkan psoriasis yang dialami.

sumber


Kesan Pengambilan Suplemen Shaklee Terhadap Pesakit Psoriasis

Berdasarkan video di atas, beliau memberi keutamaan kepada suplemen² berikut bagi mengawal masalah psoriasis yang beliau alami: Omega, Ostematrix, Lechitin dan Vitamin C 





Jika anda merupakan pesakit ataupun mempunyai keluarga/kenalan yang mengalami masalah psoriasis, boleh cuba kombinasi² vitamin yang khusus untuk penyakit ini. Kita wajib berikhtiar selebihnya serahkan kepada Yang Maha Kuasa (bagi Islam) untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Pastikan anda berjumpa doktor dahulu sebelum ingin mencuba suplemen² ini. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengatasinya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.