Showing posts with label Jerawat Batu. Show all posts
Showing posts with label Jerawat Batu. Show all posts

5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Youth Skincare

Lambakan skincare di pasaran sama ada dijual secara online atau di toko² jamu sentiasa menjadi perhatian kesemua wanita masa kini. Siapa tak nak cantik kan? Sampaikan sanggup melabur beribu-ribu semata-mata nak nak kulit cerah, halus mulus bak mutiara. Tidak dinafikan setiap produk kecantikan menawarkan pelbagai keistimewaan dan jaminan terbaik untuk setiap pengguna²nya. Tetapi sebagai pengguna, anda haruslah meneliti dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih produk kecantikan yang berkesan dan selamat untuk penggunaan berterusan. 


Kupasan kali ini, disenaraikan LIMA (5) sebab kenapa anda perlu pilih produk kecantikan YOUTH™ sebagai BFF kulit anda.

Sebelum itu anda perlu tahu bahawa Youth™ merupakan produk kulit yang mempunyai KUALITI PREMIUM dan selaku solusi lengkap KECANTIKAN DALAMAN KE LUARAN. Penghasilan Youth™ adalah berasaskan bahan² semulajadi dan ia terbukti secara klinikal <KLIK 😍>

Berbalik kepada intipati utama, 5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Youth Skincare?

1) Kerana Youth™ Sesuai untuk kulit ANDA!

Penggunaan skincare Youth™ sesuai untuk semua jenis kulit seperti:
  • normal (tiada masalah kulit)
  • jerawat
  • jeragat
  • parut hitam / parut berlubang
  • liang pori besar
  • whitehead / blackhead
  • kulit kusam
  • berkedut
  • lingkaran gelap bawah mata
  • terlalu berminyak / kering
  • kulit sensitif
Eboo pasti setiap dari kita mempunyai jenis kulit seperti yang dinyatakan 👆 Kebiasaannya, produk² penjagaan kulit yang sedia ada di pasaran mempunyai pelbagai set khusus untuk masalah kulit yang anda hadapi. Tetapi dengan Youth™ hanya 1 solusi untuk apa sahaja masalah kulit anda. 

Ini kerana Youth™ menggunakan bahan² semulajadi yang premium dan berkualiti tinggi seperti Muscadine Grape yang kaya dengan polifenol bagi memastikan kulit sihat dan menghalang kerosakan dari persekitaran. Selain itu, kandungan Youth™ Complex (iaitu vitamin dan nutrien) yang bantu menegangkan kulit serta mencegah serangan radikal bebas. 

Youth™ adalah produk penjagaan kulit bervitamin & bernutrisi yang menyerap ke setiap lapisan kulit bagi membantu merawat kerosakan yang berlaku. Ia dapat menunjukkan 100% perubahan dalam beberapa tanda penuaan pada kulit.

2) Kerana Youth™ Berkesan seawal 7 Hari 

Jaminan Youth™ boleh nampak kesan seawal 7 hari bergantung kepada masalah kulit yang dihadapi. Rata-rata kita mahukan kesan yang cepat untuk membuktikan bahawa produk itu berkesan. Ya, Youth™ skincare memang berkesan tak kira macamana keadaan kulit anda. Satisfaction guaranteed 👍 Paling penting kerajinan anda untuk melakukan rutin pembersihan kulit wajah setiap hari tanpa jemu bagi mendapatkan hasil yang diidamkan. 

Youth™ telah membuktikan keberkesanannya pada kulit rakyat Malaysia dari segi:
  • parut makin pudar
  • tekstur kulit semakin baik
  • tona kulit makin sekata
  • jeragat jadi pudar
  • pori-pori mengecil
  • kulit jadi lebih berseri (glowing)
  • kulit makin cerah sekata
Yang pasti, let the Youth™speak for itself 💆

3) Kerana Youth™ Ada Sesuatu yang Tiada pada Skincare lain

Setiap produk ada keistimewaannya begitu juga dengan Youth™ skincare 💓 Lagi best apabila Youth™ jadi sangat special kepada pengguna²nya sebab...
  • Youth™ dipasarkan selepas 8 tahun menjalani penyelidikan yang teliti. Makna kata Shaklee mengambil masa selama 8 tahun untuk menghasilkan Youth™ yang bermutu tinggi bersekali dengan 8 patern dan patern -pending
  • Diuji oleh pakar kulit (dermatologist) dan pakar mata (oftamologist). Maksudnya ia tidak merengsa atau beri ketidakselesaan pada kulit dan tak beri alahan pada mata
  • 100% vegan - Youth™ diekstrak daripada 100% tumbuh² 
  • Bersifat non-comedogenic - tidak menyumbatkan liang pori² makanya kulit dapat bernafas dengan baik
  • Bersifat hipoalergenic - selamat dan baik untuk kulit jenis alergik (alahan) / sensitif
  • Selamat untuk ibu hamil atau menyusukan dan boleh digunakan seawal 20 tahun


4) Kerana Youth™ Dibangunkan oleh Syarikat Nutrisi Bukan Syarikat Kosmetik

Kebanyakan produk² kecantikan dikeluarkan oleh syarikat kosmetik. Tetapi tidak bagi Youth™ yang telah dihasilkan oleh Shaklee selaku Syarikat Nutrisi No. 1 di USA. 

Shaklee dikenali sebagai syarikat yang mengeluarkan produk² kesihatan (suplemen & vitamin) untuk kesihatan tubuh yang optimum yang menerapkan  falsafah dan keistimewaan tersendiri iaitu:

SELAMAT . TERBUKTI . BERKESAN

Dengan itu, Shaklee tahu nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit selaras dengan keperluan tubuh manusia. 

Setiap rangkaian produk Youth™ mengandungi bahan aktif semulajadi yang bukan sahaja membaik pulih struktur kulit (luaran) malah ia membekalkan nutrisi yang sepatutnya kepada kulit (dalaman) untuk menjadi sihat.

5) Kerana Youth™Selamat untuk Anda dan Alam Sekitar

Ini point paling penting dalam pemilihan produk kecantikan. Usah terlalu ghairah untuk kelihatan cantik sehingga membelakangkan keselamatan diri sendiri. Penggunaan bahan² kosmetik yang tidak diketahui tahap keselamatannya boleh membawa padah kepada pengguna²nya dalam jangka masa yang panjang. Ia bukan sahaja beri kesan kepada kulit, tetapi ia boleh meresap dan memberi impak yang serius terhadap kesihatan tubuh anda. 

Youth™ terbukti selamat kerana telah menjalani pelbagai tapisan keselamatan dan bebas dari bahan² kimia berbahaya seperti di bawah:
Seperti yang telah dinyatakan, produk Youth™ adalah 100% VEGAN (ekstrak tumbuh²an semulajadi) dan tidak diuji atau menggunakan sumber daripada haiwan (CRUELTY FREE).

Dengan itu, tiada sangsi untuk kita semua menggunakan produk Youth™ untuk apa sahaja masalah kulit yang dihadapi termasuk anda yang memiliki kulit yang semulajadi cantik (tanpa masalah kulit) 😍 

Patience & Consistency are the Keys to Success!


Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Artikel berkaitan:
Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Cara Menanganinya dengan Selamat

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang dengan Selamat Tanpa Rawatan Laser

Masalah jerawat sahaja telah mengundang pelbagai persepsi terhadap individu yang alaminya. Inikan pula pakej bersama parut yang meninggalkan kesan lubang seperti kawah gunung berapi bentuknya di muka berlekuk-lekuk menyebabkan permukaan kulit muka tidak sekata. Jauh sekali untuk kelihatan flawless walaupun dilapik dengan make up yang tebal. 

Mustahilkah untuk menghilangkan parut jerawat berlubang ini tanpa rawatan laser? Jawapannya, ia TIDAK MUSTAHIL dan ada penyelesaiannya yang selamat.

Sebelum diteruskan, tahukah anda jerawat merupakan proses semulajadi untuk mengeluarkan dan menyingkirkan toksin? Ya, proses ini dikira penting untuk kesihatan dan anda seharusnya risau dan takut jika kulit anda langsung tiada jerawat. Ini kerana jika kulit tidak ditumbuhi jerawat menandakan lapisan epidermis kulit telah rosak dan mengalami kehilangan protein serta melanin yang bantu melindungi kulit daripada sinaran UV secara semulajadi. 😱😱😱
Nampakkan kepentingan jerawat? Kalau sikit-sikit takpe yang menjadi masalah bila terlalu banyak dan menjadi radang sehingga mengambil masa untuk sembuh dan akhirnya meninggalkan parut berlekuk. Jenis jerawat batu yang akan meninggalkan kesan parut di muka. Apabila kulit mengalami keradangan, ia boleh meninggalkan kesan parut keloid yang kekal.

Bagaimana Parut Jerawat Berlubang Terjadi?

  1. Punca utama parut jerawat terbentuk akibat daripada radang kulit
  2. Apabila jerawat naik dan kembali sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau parut hitam pada kawasan jerawat tersebut
  3. Jika tiada jerawat baru tumbuh, kulit akan baik pulih dengan sendirinya dan kesan jerawat akan hilang
  4. Tetapi jika jerawat dipicit, ini akan meninggalkan parut di muka sama ada kemerahan, kehitaman atau pun kesan berlubang
  5. Bertambah kronik apabila jerawat tumbuh di tempat yang sama berkali-kali akan menyebabkan keradangan kulit menjadi serius dan akhirnya membentuk parut berlubang 
  6. Jerawat menjadi sukar untuk sembuh dan parut mula terbentuk, tisu baru yang lebih gelap, kasar dan tidak rata kelihatan di muka
  7. Ini disebabkan keradangan pada tisu kulit belum sembuh sepenuhnya dan menjadi kurang elastin akibat kekurangan kolagen dan protein

Kenapa Parut Jerawat Berlubang Sukar untuk Hilang?

Ini disebabkan sel kulit mengalami kerosakan serius dan perlukan masa yang lebih lama untuk menggantikan sel yang rosak kepada sel kulit baharu. 

Sel kulit individu dewasa memerlukan 56 sehingga 90 hari untuk tumbuh semula sel kulit yang baharu. Ia bergantung kepada umur, dan komposisi kolagen, elastin dan protein seseorang individu itu.

Faktor genetik memainkan peranan bagi menentukan kadar penghasilan kolagen dan sel-sel baru tubuh kita sama ada cepat atau lambat.

Selain itu, sistem imun juga mempengaruhi kesan penyembuhan luka dan radang akibat jerawat.

Peningkatan umur manusia akan menyebabkan penghasilan kolagen semakin menyusut dan ini akan mengakibatkan proses penyembuhan tisu secara semulajadi sangat perlahan.

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang dengan Berkesan

1) Bina sel kulit baru dengan pengambilan protein
  • Pengambilan protein lengkap boleh bantu menghasilkan struktur kulit yang lebih sihat dan meratakan lekukan akibat kekurangan protein

2) Ambil kolagen tambahan selaku struktur sokongan kulit
  • Penghasilan kolagen dalam badan mula menurun seawal 25 tahun
  • Kekurangan kolagen mengakibatkan kulit kendur dan kesan lubang lebih jelas
  • Ambil kolagen tambahan untuk anjalkan kulit dan tegangkan lekukan

3) Lindungi kulit dari serangan radikal bebas dengan antioksidan
  • Fungsi antioksidan adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh
  • Pengambilan antioksidan dapat meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan serangan jangkitan

4) Lembapkan kulit dengan omega-3 & omega-6 yang kaya dengan anti-radang 
  • Bagi membaik pulih kulit yang keradangan, perlukan makanan yang kaya dengan anti-radang

5) Ambil berat proses penuaan
  • Peningkatan usia sejajar dengan daya ketahanan tubuh untuk menghadapi segala serangan dan ancaman pada tubuh
  • Tubuh perlu kuatkan pertahanan sel untuk melindungi kerosakan sel dari peringkat DNA 

6) Guna set penjagaan kulit muka yang semulajadi dan selamat
  • 100% Semulajadi . Berkesan . Selamat
  • 100% vegan (berasaskan tumbuhan)
  • Kajian yang telah dibuat selama 8 tahun dan mempunyai 8 paten & patern pending (tiada produk lain yang sama/boleh claim setanding YOUTH®)
  • Tanpa 2500 bahan kimia berbahaya yang selalu di gunakan dalam penjagaan kulit
  • Bebas daripada 1500 bahan tercemar (contaminant) 
  • Kaya dengan anti aging nutrient (pembaharuan sel sehingga 10x ganda lebih cepat dari biasa)
  • Gluten Free
  • Cruelty Free (tiada ujian ke atas haiwan)
  • Hipoalergenik (relatively unlikely to cause an allergic reaction)
  • Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang roma)
  • Diuji oleh ahli dermatologi (kulit) dan oftalmologi (mata)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Saranan Vitamin Semulajadi untuk Hilangkan Parut Berlubang secara Selamat

Baik Pulih Dalaman




Testimoni Parut Jerawat Berubang






Anda boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee dan YOUTH khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Cara Menanganinya dengan Selamat

Cara Menghilangkan Jerawat Batu hinggap di Muka dengan Berkesan dan Selamat

Amboi! Besarnya jerawat ko, meh aku tolong pecahkan nak? Weih, apa ke teruk sangat muka ko ni dengan jerawat batu. Ko tak jaga muka eh? Pasti ada yang pernah alami situasi ini dimana sering menjadi sindiran/gurauan orang akibat daripada muka berjerawat batu. Ya! Hanya yang alami je tahu bagaimana perasaan sakitnya dan rasa rendah dirinya untuk menghadapi masalah seperti itu. Ramai orang hanya bersimpati dan tak kurang juga mengata. Masalah jerawat batu yang kronik boleh memberi kesan kemurungan pada yang alami kerana hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat. Masalah ini berkait rapat juga dengan jenis kulit berminyak. Jadi, apakah cara untuk mencegah jerawat batu hinggap di muka dengan berkesan dan selamat?

Jerawat batu (nodul) adalah jerawat yang saiznya lebih besar daripada jerawat biasa dan berbonjol atau nama saintifiknya adalah Cystic Acne. Jerawat batu sakit apabila disentuh dan boleh menyebabkan berlakunya keradangan yang teruk di sekitarnya membuatkan ia nampak sangat besar. Ia boleh muncul dimana-mana bahagian muka termasuk di belakang badan dan sangat menyakitkan. Lazimnya ia akan tumbuh berulang-ulang pada tempat yang sama dan akan meninggalkan parut berkawah.

Sebelum itu, kenal pasti dahulu faktor utama yang menyebabkan munculnya jerawat batu pada muka.

Punca Jerawat Batu

Hormon - Masalah kecelaruan hormon sama ada lelaki atau wanita akan menyebabkan kalenjar minyak kat muka menjadi aktif dan bila terlalu banyak kulit akan tersumbat dan bila bergabung pulak dengan bakteria maka terhasillah jerawat durjana. Bagi wanita masalah hormon memang menjadi asbab utama gejala masalah kulit.

Pemakanan - Masalah kulit memang ada kena mengena dengan cara pemakanan kita. Jerawat muncu disebabkan banyak makan makanan bergula, berlemak dan berminyak. Kurang minum air jadinya badan tidak mengeluarkan sisa toksik yang berkumpul dalam badan.

Genetik - Yes, masalah jerawat batu boleh diwarisi dari keturunan sebelumnya. Tapi janganlah bersedih kalau kita alami masalah jerawat batu ni akan berjangkit juga pada anak/cucu sebaliknya mari cari penyelesaian supaya si anak tidak mewarisinya.

Kosmetik - Jika anda rajin pakai make up, makanya perlu rajin juga membersihkannya sebersih-bersihnya. Sebab kulit dah sedia jenis berminyak, bila ditambah dengan produk-produk kosmetik yang ada chemical akan memburukkan lagi struktur kulit.

Sinaran UV- Sinaran UV dari matahari ataupun lampu dalam rumah boleh merosakkan kulit. Apabila lapisan kulit makin menipis, faktor pertahanan kulit semakin merosot dan ini menyebabkan sel-sel kulit akan terjejas.

Cara Hidup - Kurang rehat & tidur serta stress boleh menyumbang kepada kehadiran jerawat. Ia berkait-kait atara satu sama lain dengan cara makan dan tindakan hormon juga. Pokok pangkalnya jaga makan, rehat perlu cukup, air minum banyak InsyaAllah masalah ini dapat diatasi

Jerawat batu merupakan masalah jerawat yang paling serius sehingga perlukan rawatan daripada pakar kulit/dermatologi. Jika terlalu banyak, pengambilan ubat antibiotik khas untuk jerawat perlu dimakan. Kebanyakan produk skincare yang berada di pasaran tidak dapat merawat masalah jerawat batu dengan berkesan kerana ia meninggalkan parut kekal dan kulit menjadi kusam dan berjeragat. 

Penyelesaian Terbaik untuk Menghilangkan Jerawat Batu dengan Berkesan dan Selamat

Masalah jerawat batu perlu dimulakan dengan baik pulih dalaman. Selain daripada kawal diet harian, minum air, makan buah dan sayur serta kawal stress, suplemen dan vitamin sangat membantu untuk kesan yang lebih cepat.

Vitamin yang diperlukan untuk masalah ini ada 7 dengan fungsi masing-masing:

1) Vivix
Kaya antioksida yang melawan radikal bebas. Bantu membaik pulih sel kulit sehingga ke DNA serta meningkatkan tenaga sel untuk memperbaharui sel-sel dengan lebih cepat.

2) GLA Complex
Bantu menstabilkan hormon dan mencantikkan lagi kulit muka. Jerawat berpunca dari ketidakstabilan hormon

3) Vitamin C
Vitamin yang tinggi antioksida yang berdifat menyingkirkan toksin dalam badan supaya daya ketahanan badan lebih kuat serta merangsang penghasilan kolagen untuk kulit lebih sihat

4) Garlic Complex
Sebagai antibiotik semulajadi untuk meredakan keradangan jerawat

5) Alfalfa Complex
Sebagai agen detoks, anti-alahan terbaik

6) ESP
Protein berasaskan soya non-GMO yang kaya dengan 9 asid amino penting untuk baik pulih kulit yang rosak dan regenerate kulit baharu yang lebih sihat

7) B Complex
Vitamin anti-stress yang mempunyai kesemua vitamin B penting untuk tubuh 

Seterusnya, apabila dalaman semakin pulih barulah kita ikhtiar untuk luaran pula bagi menyeimbangkan keperluan kulit di bahagian luar dengan set jagaan muka yang terbaik iaitu Youth™.

Produk Youth terdiri daripada:


  • YOUTH® Luminous Gel Oil Cleanser
  • YOUTH® Perfecting Skin Toner
  • YOUTH® Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50
  • YOUTH® Advanced Renewal Night Cream
  • YOUTH® Activating Serum
  • YOUTH® Radiance C + E
Youth telah dilancarkan pada 1 Mac 2018 di Malaysia dan mendapat sambutan yang hangat. Feedback daripada pengguna-pengguna Youth™ yang terawal sangat berpuas hati dengan perubahan kulit yang diperoleh. 

Lihat testimoni-testimoni pengguna Youth™ yang mengalami masalah jerawat batu.









Akan ramai lagi yang bakal merasai keberkesanannya selepas ini. 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee & YOUTH™ khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇